Monday, July 7, 2008

ROKOK DAN KESANNYA...

Gejala merokok kian meningkat kini walaupun pelbagai kempen dijalankan untuk mengurangkan perokok. Banyak remaja, lelaki mahupun perempuan yang terjebak dalam tabiat buruk ini. Tabiat merokok bukan sahaja membazirkan wang malah membawa pelbagai penyakit yang boleh membawa maut seperti kanser paru-paru. Menurut Menteri Kesihatan, Dato’ Dr. Chua Soi Lek, peningkatan merokok dalam kalangan remaja kian meningkat mengikut statistik pada tahun 2006.
(http://mindabahasa.wordpress.com/2007/07/18/contoh-karangan-gejala-merokok-dalam-kalangan-remaja/.7 julai.12.08 pm.

RACUN PADA ROKOK.

Rokok mengandungi kurang lebih 4000 elemen-elemen, dan setidaknya 200 diantaranya dinyatakan berbahaya bagi kesehatan. Racun utama pada rokok adalah tar, nikotin, dan karbon monoksida.
Tar adalah substansi hidrokarbon yang bersifat lengket dan menempel pada paru-paru. Nikotin adalah zat adiktif yang mempengaruhi syaraf dan peredaran darah. Zat ini bersifat karsinogen, dan mampu memicu kanker paru-paru yang mematikan. Karbon monoksida adalah zat yang mengikat hemoglobin dalam darah, membuat darah tidak mampu mengikat oksigen.

Efek Racun

Efek racun pada rokok ini membuat pengisap asap rokok mengalami resiko (dibanding yang tidak mengisap asap rokok):
14x menderita kanker paru-paru, mulut, dan tenggorokan 4x menderita kanker esophagus 2x kanker kandung kemih 2x serangan jantung Rokok juga meningkatkan resiko kefatalan bagi penderita pneumonia dan gagal jantung, serta tekanan darah tinggi.
(http://rokok.komunikasi.org/artikel/index.php.7 julai.12.12 pm

Kandungan Berbahaya Dalam Rokok (Fakta)

Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.
Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.
Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.
Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.
Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.
Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.
Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling.
Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.
Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.
Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.
Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.
Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.
Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.
Oleh itu marilah kita sama-sama menyebarkan bahanya kesan rokok ini kepada manusia,jangan hanya ingat kita rasa bangga apabila mengeluarkan asap dari mulut,tapi hakikatnya organ dalaman kita hancur lebur.
jika kita melihat dari segi lain pula,apabila kita dah ketagihan dan bermacam-macam penyakit menimpa umat,maka amat mudahlah musuh-musuh islam untuk menjajah negara-negara islam,kerana pemuda-pemudinya tiada sihat atas mereka.
sesungguhnya setiap ringgit yang kita belanjakan atas nama sebatang rokok itu bermakna kita membeli sebutir peluru yang akan menembusi dada-dada saudara kita pada akhirnya..sedarlah..(aku mengingatkan diriku jua)

Sunday, July 6, 2008

HIMPUNAN FATWA HARAM MEROKOK

1. Fatwa Syeikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin

Merokok haram hukumnya berdasarkan makna dari zahir ayat Al-Qur’an dan As-Sunnah serta iktibar (logik) yang benar. Allah berfirman (yang bermaksud), “Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu sendiri dalam kebinasaan.” (Al-Baqarah: 195).
Maknanya, janganlah kamu melakukan sebab yang menjadi kebinasaanmu. Wajhud dilalah (aspek pendalilan) dari ayat di atas bermaksud merokok termasuk perbuatan yang mencampakkan diri sendiri ke dalam kebinasaan.
Sedangkan dalil dari As-Sunnah adalah hadis sahih dari Rasulullah Sollallahu ‘alaihi Wasallam bahwa beliau melarang membazirkan harta. Makna membazirkan harta adalah memperuntukkannya kepada hal-hal yang tidak bermanfaat. Sebagaimana dimaklumi bahwa memperuntukkan harta dengan membeli rokok adalah termasuk pengperuntukan harta pada hal yang tidak bermanfaat, bahkan peruntukan harta kepada hal-hal yang mengandung kemudaratan.
Dalil yang lain, Rasulullah Sollallahu ‘alaihi Wasallam bersabda, “Tidak boleh (menimbulkan) bahaya dan tidak boleh pula membahayakan orang lain.” (HR. Ibnu Majah dari kitab Al-Ahkam 2340).
Jadi, menimbulkan bahaya (dharar) adalah ditiadakan (tidak berlaku) dalam syari’at, baik bahayanya terhadap badan, akal, ataupun harta. Sebagaimana dimaklumi pula merokok adalah berbahaya terhadap badan dan harta.
Adapun dalil dari iktibar (logik) yang benar yang menunjukkan keharaman rokok adalah kerana dengan perbuatan itu perokok mencampakkan dirinya ke dalam hal yang menimbukan bahaya, rasa cemas, dan keletihan jiwa. Orang yang berakal tentu tidak rela hal itu terjadi pada dirinya sendiri. Alangkah tragisnya keadaannya, dan demikian sesaknya dada si perokok bila tidak menghisapnya. Alangkah berat ia melakukan puasa dan ibadah-ibadah lainnya kerana hal itu menghalagi dirinya dari merokok. Bahkan, alangkah berat dirinya berinteraksi dengan orang-orang saleh kerana tidak mungkin mereka membiarkan asap rokok mengepul di hadapan mereka. Oleh itu anda akan melihat perokok demikian tidak selesa bila duduk dan berinteraksi dengan orang-orang saleh.
Semua iktibar itu menunjukkan merokok hukumnya diharamkan. Oleh itu, nasihat saya untuk saudara-saudara kaum muslimin yang masih didera oleh kebiasaan menghisap rokok agar memohon pertolongan Allah dan tekad untuk meninggalkannya. Ini kerana di dalam tekad yang tulus disertai dengan memohon pertolongan Allah, mengharap pahala dari-Nya dan menghindari siksaan-Nya, semua itu adalah amat membantu di dalam usaha meninggalkan hal tersebut.
Jawapan Atas Berbagai DalihanJika ada orang yang berdalih, “Sesungguhnya kami tidak menemukan nas, baik di dalam kitabullah ataupun sunnah Rasulullah Sollallahu ‘alaihi Wasallam perihal haramnya rokok .”
Maka, jawapan atas kenyataan ini kita nyatakan nas-nas Al-Qur’an dan sunnah terdiri dari dua jenis;
1. Jenis yang dalil-dalilnya bersifat umum seperti Adh-Dhawabith (ketentuan-ketentua n) dan kaedah-kaedah yang mencakup perincian yang banyak sekali hingga hari kiamat.
2. Jenis yang dalil-dalilnya memang diarahkan kepada suatu itu sendiri secara langsung.
Bagi jenis pertama, ayat Al-Qur’an dan dua hadis yang kami sebutkan di atas yang menunjukkan keharaman merokok secara umum meskipun tidak diarahkan secara langsung kepadanya. Manakala bagi jenis kedua, ialah fiman Allah (yang bermaksud), “Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah.” (Al-Maidah: 3).
Dan firman-Nya, “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum khamr, berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan anak panah adalah perbuatan keji dari amalan syaitan. Maka, jauhilah perbuatan-perbuatan itu.” (Al-Maidah: 90).
Jadi, baik nas-nas itu termasuk jenis pertama atau kedua, ia bersifat keharusan bagi semua hamba Allah kerana dari sisi pengambilan dalil menunjukkan hal itu.
Sumber: Program Nur ‘alad Darb, dari Fatwa Syekh Muhammad bin Shaleh Al-Utsaimin, dari kitab Fatwa-Fatwa Terkini 2.

2. Syeikh Muhammad bin Ibrahim

Rokok haram kerana di dalamnya ada racun. Al-Qur’an menyatakan, “Dihalalkan atas mereka apa-apa yang baik, dan diharamkan atas mereka apa-apa yang buruk (kotoran).” (al-A’raf: 157). Rasulullah juga melarang setiap yang memabukkan dan melemahkan, sebagaimana diriwayatkan Imam Ahmad dan Abu Dawud dari Ummu Salamah ra. Merokok juga termasuk melakukan pembaziran yang tidak bermanfaat. Selanjutnya, rokok dan bau mulut perokok mengganggu orang lain, termasuk pada jamaah solat.

3. Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab

Rokok haram kerana melemahkan dan memabukkan. Dalil nas tentang benda memabukkan sudah cukup jelas. Hanya saja, penjelasan tentang mabuk itu sendiri perlu penyesuaian.

4. Ulamak Mesir, Syria, Saudi

Rokok haram iaitu terlarang, dengan alasan membahayakan. Di antara yang mendokong dalil ini ialah Syeikh Ahmad as-Sunhawy al-Bahuty al-Anjalaby dan Syeikh Al-Malakiyah Ibrahim al-Qaani dari Mesir, An-Najm al-Gazy al-Amiry as-Syafi’i dari Syria, dan ulamak Mekkah Abdul Malik al-Ashami.

5. Dr Yusuf Qardhawi

Rokok haram kerana membahayakan. Demikian disebut dalam bukunya ‘Halal & Haram dalam Islam’. Menurutnya, tidak boleh seseorang membuat bahaya dan membalas bahaya, sebagaimana sabda Nabi yang diriwayatkan Ahmad dan Ibnu Majah. Qardhawi menambahkan, selain berbahaya, rokok juga mengajak penikmatnya untuk membazir masa dan harta. Padahal lebih baik harta itu digunakan untuk yang lebih berguna, atau diinfaqkan bila memang keluarganya tidak memerlukan.

6. SyariahOnline. com

Keharaman rokok tidaklah berdasarkan sebuah larangan yang disebutkan secara mutlak dalam nas Al-Quran Al-Kariem atau pun As-Sunnah An-Nabawiyah.
Keharaman rokok itu disimpulkan oleh para ulamak semasa ini setelah dipastikannya fakta setiap batang rokok itu mengandung lebih dari 4000 jenis racun berbahaya. Oleh kerana racun itu merosak tubuh manusia yang sebenarnya amanah Allah SWT untuk dijaga dan dipelihara, maka merokok itu termasuk melanggar amanat itu dan merosak larangan.
Namun banyak orang yang menganggap hal itu terlalu mengada-ada, sebab buktinya terdapat jutaan orang di muka bumi ini yang setiap hari merokok dan buktinya mereka masih bernafas iaitu tidak langsung mati secara mendadak.
Kerana itulah kita masih menemui rokok di sekeliling kita dan ternyata rokok masih bertahan. Bahkan mampu memberikan pulangan kepada pemerintah melalui cukainya. Sehingga tidak pernah muncul keinginan baik dari pembuat undang-undang untuk melarang rokok.
Ini merupakan salah satu ciri ketidak-sampaian maklumat kepada masyarakat atau memang masyarakat tidak prihatin. Di negara yang sudah maju, maklumat berkaitan tidak dianggap penting. Dan kedua jenis masyarakat ini memang sama-sama tidak tahu apa yang terbaik buat mereka.
Di dalam hukum Islam, apabila sesuatu itu telah dipastikan yang ia membahayakan kesihatan, maka menggunakannya adalah diharamkan. Inilah bentuk ketegasan hukum Islam yang sudah menjadi ciri khas. Maka khamar itu tetap haram meski hanya seteguk ditelan untuk sebuah malam yang dingin menusuk.
Demikian pula para ulamak ketika menyedari kewujudan lebih 4000 racun dalam batang rokok dan mengetahui akitab-akibat yang diderita para perokok, mereka pun sepakat untuk mengharamkannya. Sayangnya, umat Islam masih lagi menganggap sekiranya tidak ada ayat yang tegas atau hadits yang eksplisit yang mengharamkan rokok, maka mereka masih menganggap rokok itu halal, atau makruh paling minima.

7. Ustaz Ahmad Sarwat , Konsultan eramuslim.com

Pada peringkat permulaan, tidak ada ulamak yang mengharamkan rokok. Mereka hanya memakruhkannya yang dasarnya amat berbeza dengan dasar pengharaman yang dibuat sekarang ini. Dahulu para ulamak hanya menganggap bau mulut perokok agak kurang sedap yang mengganggu orang lain semasa bergaul. Akibatnya si perokok kurang disukai dan dikatakan hukumnya makruh tahrim (makruh terlarang).
Sebahagian ulamak di negara kita yang menghisap rokok, bila ditanyakan tentang hukum rokok, mereka terus menjawab rokok itu tidak haram, tetapi hanya makruh sahaja.
Mengapa mereka menganggap demikian?Mereka menganggapnya demikian kerana kajian secara jelas tentang nikotin dan zat beracun dalam sebatang rokok kurang jelas dan penelitian dan fakta belum ditemui ketika itu. Maka hukum rokok hanya sekedar makruh lantaran membuat mulut berbau busuk serta mengganggu pergaulan.

8. Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia (yang ke 37, Tahun 1995)

MFKM ke 37 memutuskan rokok adalah haram berdasarkan hujjah yang hamper sama dengan fatwa di atas, malah Majlis Fatwa Sedunia yang berpengkalan di Arab Saudi juga menghukum haram merokok atas maklumat terkini mengenai rokok.
Penelitian TerbaruSeandainya para ulamak tersebut tidak hanya terpaku pada naskah lama dan mengikuti perkembangan terbaru di Negara umat Islam yang agak maju, sudah tentu pandangan mereka berubah 360 darjah. Apalagi bila mereka membaca penelitian terbaru tentang lebih 200 jenis racun berbahaya terdapat dalam sebatang rokok, sudah pasti mereka beubah pandangan dan bersetuju rokok mendatangkan mudarat yang amat besar kepada penghisapnya dan orang di sekeliling. Malah mereka akan bersetuju dan menerima rokok bukan sekadar makruh akibat bau busuk mulut perokok tetapi haram, lantaran ia telah banyak meragut manusia. Statistik menunjukkan kadar kematian disebabkan menghisap rokok lebih tinggi daripada akibat peperangan dan kemalangan jalanraya.
Badan kesihatan dunia WHO melaporkan di Amerika, sekitar 346 ribu orang meninggal setiap tahun disebabkan rokok, dan tidak kurang dari 90% daripada 660 orang yang terkena penyakit kanser di salah satu rumah sakit Shanghai di Cina disebabkan rokok.
Penelitian juga menyebutkan 20 batang rokok sehari akan menyebabkan berkurangnya 15% hemoglobin, yakni zat asasi pembentuk darah merah.
Seandainya para ulamak mengetahui penelitian terakhir tentang rokok mengandungi lebih kurang 4.000 elemen-elemen dan setidaknya 200 di antaranya dinyatakan berbahaya bagi kesihatan, pastilah pandangan mereka akan berubah.
Racun utama pada rokok adalah tar, nikotin dan karbon monoksida. Tar adalah bahan hidrokarbon yang bersifat lekit dan melekat pada paru-paru. Nikotin adalah zat adiktif yang mempengaruhi saraf dan peredaran darah. Zat ini bersifat karsinogen dan mampu menyebabkan kanser paru-paru yang mematikan. Karbon monoksida adalah zat yang mengikat hemoglobin dalam darah, membuat darah tidak mampu mengikat oksigen.
Kesan racun pada rokok ini membuat penghisap asap rokok mengalami risiko 14 kali lebih besar kemungkinan terkena kanser paru-paru, mulut, dan tenggorokan berbanding mereka yang tidak merokok.
Perokok juga berkemungkinan 4 kali lebih besar untuk terkena kanser esophagus dari mereka yang tidak menghisapnya. Di samping mereka juga berisiko 2 kali lebih besar untuk terkena serangan jantung berbanding dengan yang tidak merokok.
Rokok juga meningkatkan risiko keparahan bagi penderita pneumonia dan jantung gagal serta tekanan darah tinggi. Menggunakan rokok dengan kadar nikotin rendah tidak akan membantu, kerana perokok cenderung menyedut asap rokok secara lebih keras, lebih dalam, dan lebih lama untuk mengikuti keenakan zat adiktif.
Tidak ada seorang pun yang menyangkal semua fakta di atas, kerana ia hasil penelitian ilmiah. Bahkan pengusaha rokok pun mengiakan hal tersebut, dan menuliskan pada kotak rokok amaran begini: MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN.
Kalau pengeluar rokok sendiri sudah menyatakan bahaya produknya berbahaya dan mendatangkan penyakit, bagaimana mungkin perokok masih mau mengingkarinya?
Walau pun hampir jumhur para ulamak menghukumkan rokok sebagai haram ada ulamak yang menghukumkan harus dan memperincikan hokum tetapi tidak mewakili pandangan ulamak ramai. Di samping itu mereka juga kekurangan maklumat tentang kandungan rokok dan kesan kesihatan yang serius kepada perokok dan orang di sekeliling.

Sebutir bicara,Seluas maknanya...


Assalamulaikum...salam sejahtera..semoga sihat hendaknya ,selawat dan salam atas nabiyinna muhammad s.a.w. dan para sahabatnya dan ahli baitnya, Perjuangan dan pengorbanan mereka atas nama menegakkan agama tiada lah putus ia akan pahala hingga datangnya waktu yang dijanjikan..agama datang membawa seribu makna kepada manusia, Fitrah mahu bertuhan dan mencari perlindungan yang hakiki,hanya dengan beragama manusia itu akan rasa diri mereka lengkap dan sempurna, Ini telah ALLAH pasang siapkan pada setiap jiwa yang hadir ke dunia ini..bermacam-macam agama dan anutan yang telah wujud akibat keiginan beragama yang ada dalam diri manusia,sehingga hari ini dapat lah kita melihat bagaimana agama itu wujud dalam diri setiap manusia..tidak dinafikan akan perkara ini kerana ia memang suatu fitrah semulajadi..agama yang sempurna adalah agama yang terpelihara akan agama itu dari tangan-tangan manusia atau dengan makna yang lebih ringkas bukan suatu rekaan atau dicipta,agama yang sempurna itu adalah dari sebuah cahaya yang menyinar ke seluruh alam maya tanpa ia membataskan kepada sesuatu kaum dan sesuatu puak, Ianya masuk ke setiap pelusuk daerah dengan maksud yang satu dan difahami oleh seluruh penganutnya,ia milik mutlak setiap penganutnya,agama itu yang yang tiada kasta didalamnya,tidak memilih kulit dan budaya,ia milik mutlak penganutnya..agama itu adalah agama islam yang mulia, Agama yang telah ALLAH redho atasnya..agama yang telah tumpah darah sahabat atasnya demi menegakkan ia di muka bumi JALLA WA A'la..agama yang nabinya yang mulia telah hancur tapak kaki dan sepatunya demi menyelamatkan umatnya yang tercinta...atas kasih sayangnya kepada kita..semoga baginda ditempatkan di tempat yang paling mulia yang telah dijanjikan...tapi hari ini agama itu telah dinodai dan diperlakukan seperti sampah..agama itu dibuat seumpama baju..agama itu hanyalah sebuah keturunan..agama itu hanya senda gurauan..tempat merujuk bila memerlukan..telah ramai yang jahil mengaku alim..telah ramai yang alim menjadi fasik..atas nama harta dunia yang tidak akan kekal abadi..adakah agama itu boleh diletak harganya???jika ada harganya mugkin ramai yang tidak akan membelinya..kerana memikirkan susahnya beragama..mari kita sama-sama berfikir..apakah lagi nikmat(agama) yang telah kamu dustakan??